Hassan bukan pengganti Maloney

Hassan bukan pengganti Maloney

HASSAN Sazali akan kekal membimbing skuad bawah 19 tahun Malaysia yang cemerlang dinobat sebagai juara Piala AFF B-19 minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Hassan Sazali Waras membimbing skuad bola sepak bawah 19 tahun (B-19) negara menjulang Piala AFF, Jumaat lalu telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai kedudukannya.

Kemampuan Hassan mem­bim­­bing Harimau Muda hadir tepat pada masanya ketika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan bersama untuk menamatkan kontrak, Brad Maloney selaku ketua jurulatih skuad B-23 negara.

Enggan status Hassan terus menjadi bualan hangat dan perdebatan, Pengurus skuad B-19 negara, Mohd. Joehari Ayub menegaskan, tugas Hassan tidak akan diganggu, sekali gus kekal sebagai pengendali B-19 dan skuad Projek FAM-Majlis Sukan Negara (MSN).

Tegasnya, situasi tersebut hanyalah khabar angin dan buat masa ini Hassan akan terus menjalankan tugasnya dalam membimbing skuad remaja Harimau Malaya.

Uzbekistan
BRAD MALONEY

“Saya anggap perkara tersebut hanya spekulasi (mengenai Hassan bakal menggantikan Maloney). Justeru, saya tidak mahu memberi komen lebih lanjut.

“Buat masa ini biarlah kami mengekalkan pasukan ini dahulu kerana baru sahaja mengecapi kejayaan dengan menjuarai Piala AFF B-19.

“Namun, saya tidak mahu pasukan ini terlalu selesa kerana masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki tetapi secara keseluruhan, banyak perkara positif yang dibawa dari Indonesia berban­ding negatif,” katanya.

Joehari yang juga merupakan Naib Presiden FAM percaya keputusan badan induk sukan bola sepak tempatan itu melantik Hassan selaku pengendali skuad Projek FAM-MSN mengisi kekosongan ditinggalkan Yusri Che Lah adalah langkah yang tepat.

HASSAN Sazali Waras membawa Malaysia muncul juara Piala AFF B-19.

“Kami lihat Hassan memiliki kelebihan daripada aspek mencungkil bakat muda dan tugasan yang diberikan kepadanya untuk menjadi ketua jurulatih skuad B-19 dan skuad Projek FAM-MSN tindakan yang bijak.

“Ini kerana ada kesinambungan selain memudahkan lagi barisan jurulatih untuk terus meneliti bakat muda bukan hanya daripada skuad Projek FAM-MSN, tetapi menerusi program pembangunan bola sepak negara (NFDP), Akademi Mokhtar Dahari (AMD dan pasukan feeder di Liga Perdana,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya