False start masih bayangi Azeem

False start masih bayangi Azeem

MUHAMMAD Azeem Fahmi (dua, kiri) ketika menjalani simulasi menggunakan sistem blok permulaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Azeem Fahmi tetap berlepas ke Colombia dengan keyakinan tinggi biarpun masih dibayangi false start.

Kelmarin, Azeem bersama beberapa pelari negara menjalani simulasi menggunakan sistem blok permulaan, di mana dua daripada tiga percubaannya ‘sangkut’.

Situasi itu mengimbau kembali insiden Sukan SEA di Vietnam, Mei lalu apabila dia tidak sempat berlari dalam saringan 100 meter (m) gara-gara false start.

Azeem, 18, yang tidak mahu digelar ‘Usain Bolt’ Malaysia bagaimanapun optimis, insiden malang di Vietnam tidak akan berulang apabila menyertai Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) yang berlangsung di Cali, Colombia dari 1 hingga 6 Ogos depan.

KEPUTUSAN yang dicatat pelumba dalam ujian simulasi.

“Ini proses pelajaran untuk saya, malah saya rasa ramai atlet akan hadapi situasi se­perti ini juga (masih melakukan false start semasa latihan).

“Bagi saya, tidak apa asalkan saya tetap cuba memperbaiki kesilapan. Saya percaya jika tetapkan fokus, semua akan jadi baik.

“Untuk kejohanan dunia nanti, saya dan jurulatih me­numpukan kepada teknik dan ritma larian serta kekuatan.

“Inilah peluang saya mem­buktikan siapa saya sebenarnya dan juga mengatasi kena­ngan hitam dalam Sukan SEA lalu,” katanya yang ­berazam untuk memecah rekod peribadi terbaik 10.28 saat dalam 100m.

Dalam temasya Vietnam, dua bulan lalu, Azeem me­lakukan kesilapan di blok permulaan apabila kakinya tidak memijak blok permulaan malah dia juga didapati mendahului perlumbaan dengan catatan masa 0.058 saat.

Ujian simulasi kelmarin dijalankan dengan kerjasama INNOTEX System Corporation Sdn. Bhd. (ISCSB) bersama Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Perbandanan Stadium Malaysia (PSM).
Selain Azeem, simulasi penggunaan Seiko False Start System turut diuji oleh pelumba negara seperti Haiqal Hanafi, Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Arsyad Md. Saat. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya