England ‘gagal’ jika tidak menjulang Euro 2022

England ‘gagal’ jika tidak menjulang Euro 2022

PEMAIN England meraikan jaringan mereka ketika bertemu Ireland Utara dalam aksi Kumpulan A, Euro Wanita 2022 di Stadium St. Mary’s, Southampton semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Ireland ­Utara, Kenny Shiels percaya England dianggap gagal jika tidak merangkul Kejuaraan Eropah (Euro) Wanita 2022.

Shiels membuat penilaian itu selepas menyaksikan tuan rumah menewaskan pasukannya 5-0 semalam, sekali gus mengesahkan slot ke suku akhir.

Biarpun dimalukan, Shiels berbangga dengan penampilan pertama pasukannya dalam kejohanan tersebut meskipun menerima tekanan hebat selepas melihat gol yang dihasilkan Fran Kirby, Beth Mead, Kelsie Burrows dan dua daripada Alessia Russo.

“England jauh mendahului semua pasukan ketika ini. Saya perlu mengatakan, jika mereka tidak memenangi kejohanan, mereka gagal.

“Jika anda mempunyai pemain terbaik, anda mesti menang, itu sahaja,” katanya.

PEMAIN tengah Ireland Utara, Rebecca Holloway (kiri) bersaing dengan penyerang England, Beth Mead dalam perlawanan Kumpulan A, Euro Wanita 2022 di Stadium St. Mary’s, Southampton semalam. – AFP

Membalas kenyataan Shiels, bintang tengah Engkand, Russo menegaskan, skuad Lionesses bukan satu-satunya pasukan utama yang bercita-cita menjulang trofi di Wembley, 31 Julai nanti.

“Ada banyak pasukan hebat dalam kejohanan ini dan kami teruja untuk melangkah ke suku akhir.

“Saya fikir, kami perlu bersedia untuk peringkat lebih tinggi kerana di sinilah kami akan bertemu pasukan-pasukan terbaik,” kata bekas penyerang Manchester United itu.

Beraksi di depan 30,785 penonton di Stadium St. Mary, England mencatat rekod meledak 98 gol dalam 17 perlawanan iaitu 15 kemenangan dan dua seri, sejak Wiegman mengambil alih pasukan September lalu.

Sementara itu, Austria turut melangkah ke suku akhir selepas tandukan Nicole Billa pada babak pertama membantu mereka menumpaskan Norway 1-0 di Stadium Amex. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya