Bonus pemain wanita England jauh lebih kecil berbanding lelaki

Bonus pemain wanita England jauh lebih kecil berbanding lelaki

PeMAIN wanita England menikmati bonus yang jauh lebih kecil berbanding rakan lelaki mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain England akan menikmati bonus 55,000 pound (RM299,000) seorang jika berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) Wanita 2022, Isnin ini.

Jumlah itu bagaimanapun jauh lebih kecil berbanding 460,000 pound (RM2.5 juta) yang dijanjikan kepada pemain lelaki jika menjuarai Euro 2020, tahun lalu.

Skuad bimbingan Gareth Southgate kemudian meraih 300,000 pound (RM1.63 juta) seorang atas kejayaan mara ke final selepas kalah kepada Itali.

Selain bonus, skuad Lionesses yang bermain dalam semua enam perlawanan dibayar elaun 2,000 pound (RM10,700) seorang untuk setiap perlawanan, bermakna mereka akan meraih 67,000 pound (RM364,000) keseluruhan, termasuk aksi final esok.

PEMAIN bola sepak lelaki England menerima habuan lebih besar ketika layak ke final Euro 2020, tahun lalu. – AFP

 

Semua pemain sudah bersetuju dengan pakej hadiah yang ditawarkan Persatuan Bola Sepak England (FA).

Jurang gaji pemain wanita dan lelaki juga sangat besar, biarpun mereka bermain di pentas profesional.

Purata gaji Liga Super Wanita ialah 30,000 pound (RM162,000) setahun, satu peratus daripada purata gaji pemain Liga Perdana 3 juta pound (RM16.26 juta).

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Wanita dalam Sukan mengecam jurang bonus dan menegaskan, pemain wanita sepatutnya menuntut hadiah sama dengan lelaki.

“Mengapa kita tidak meminta wang hadiah dan bayaran yang sama? Kami sudah melihat perkara ini merentasi tenis dan kriket.

“Ini menyatakan dan me­nunjukkan nilai yang dibawa oleh pasukan ini kepada sukan. Pe­ningkatan pelaburan adalah pen­ting dalam setiap peringkat sukan wanita,” kata mereka semalam.

Sementara itu, tiket final Euro Wanita 2022 mencecah sehingga 1,000 pound (RM5,418) ­kerana menerima terlalu banyak permintaan.

England berjaya mara ke perlawanan akhir selepas membelasah Sweden 4-0, Rabu lalu untuk bertemu Jerman yang menyingkirkan Perancis 2-1 dalam final di ­Wembley. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya