Boling padang 'korban' upacara pembukaan Komanwel

Boling padang ‘korban’ upacara pembukaan Komanwel

BARISAN atlet dan jurulatih boling padang negara sudah bersedia membuka kempen memburu pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila acara itu bermula, Jumaat ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Boling padang yang diletak sebagai prospek pingat emas Malaysia dalam Sukan Komanwel 2022, mengorbankan upacara pembukaan di Birmingham esok kerana acara mereka akan bermula seawal 8 pagi Jumaat.

Ketua jurulatih kebangsaan, Zuraidi Puteh berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan, mereka memutuskan untuk tidak menyertai upacara pembukaan yang memakan masa lama hampir empat hingga lima jam.

Katanya, keputusan itu diambil bagi memberi rehat secukup­nya kepada atlet mereka yang turut dilihat berpotensi memenangi lebih daripada sebutir emas yang disasarkan.

“Kami sudah buat keputusan kami tidak akan sertai upacara pembukaan, memang menjadi impian setiap atlet mahu terlibat de­ngan perbarisan kontinjen, tetapi inilah pengorbanan kami untuk negara.

“Setiap kali Sukan Koman­wel, perjalanan untuk ke stadium dari sudut lojistik akan memakan masa yang lama dan kemudian kami kena bersiap untuk pertandingan pada Sabtu, jadi kami sudah melihat dari pelbagai aspek sebelum membuat keputusan ini,” jelas Zuraidi.

Zuraidi juga turut jelaskan barisan anak buahnya semakin selesa dengan keadaan di ve­nue pertandingan iaitu di Ro­yal Leamington Spa Bowls dan sempat membuat lima siri perlawanan persahabatan dengan kelab tempatan antaranya Maiden­head Town dan Desborough.

“Kelebihan untuk kami apabila hadir lebih awal sejak 8 Julai lalu, kerana keadaan padang disini adalah jauh berbeza dengan di Malaysia, disini mereka menggunakan padang rumput, dan ia adalah lebih berat, dan bola akan bergerak lebih perlahan, tetapi kami sudah mula menyesuaikan di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN