Bayern akhirnya lepaskan Lewandowski kepada Barcelona

Bayern akhirnya lepaskan Lewandowski kepada Barcelona

ROBERT LEWANDOWSKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Bayern Munich akhirnya melepaskan Robert Lewandowski selepas bersetuju menerima tawaran 50 juta euro (RM224.2 juta) daripada Barcelona untuk penyerang berusia 33 tahun itu.

Bintang Poland itu akan terbang ke Sepanyol hari ini bagi menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak tiga tahun.

Lewandowski sudah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditawarkan Barca sejak Februari tetapi baru semalam Bayern bersedia melepaskannya selepas gergasi bola sepak Sepanyol itu meningkatkan tawaran.

Dia turut dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG) selepas menyatakan hasratnya untuk meninggalkan juara Bundesliga itu ketika kontraknya masih berbaki setahun.

Matthijs de Ligt

Pemergian Lewandowski membantu Bayern mendapat dana untuk membawa masuk Matthijs de Ligt dari Juventus, selepas bek tengah tengah Belanda itu diletak tanda harga 80 juta euro (RM358.79 juta).

Lewandowski menjadi pembelian terbesar kedua Barcelona, yang turut mendapatkan
pemain sayap Brazil, Rapinha dari Leeds United pada harga 58 juta euro (RM260.2 juta).

Franck Kessie dan Andreas Christensen yang tamat kontrak di AC Milan dan Chelsea turut menyertai skuad Catalan itu.

RAPINHA

Lewandowski menyertai Munich dari Borussia Dortmund pada 2014. Dia meledak 238 gol dalam 253 perlawanan untuk Munich.

Sepanjang bersama gergasi Jerman itu, dia membantu Bayern merangkul lapan gelaran liga dan satu Liga Juara-Juara.

Dia turut mencatat rekod Bundesliga musim 2020-2021 dengan meledak 41 gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya