Air mata 'emas' Philippa jatuh di bumi Thailand

Air mata ’emas’ Philippa jatuh di bumi Thailand

PHILIPPA meraih pingat emas dalam acara foil individu wanita pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UBON RATCHATHANI : Atlet lawan pedang wanita negara, Philippa Jean Ong Ziyi menambah koleksi pingat emas kontinjen negara di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 selepas mengungguli acara foil individu wanita sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung Sunee Tower di sini itu, Philippa yang juga merupakan pelajar Taylor University berjaya menumpaskan atlet tuan rumah, Doungpattra Sasinpat dalam pertarungan yang cukup sengit sebelum menang 15-10.

PHILIPPA (kiri) ketika beraksi menentang atlet Thailand di pentas final acara foil individu wanita di AUG 2022.

“Saya bersorak dan menangis selepas perlawanan kerana ia memberikan kelegaan buat saya di atas pencapaian yang membanggakan dalam penyertaan pertama di temasya AUG.

“Selepas ini saya akan cuba untuk bersaing dalam acara berpasukan epee dan sabre pula. Saya tetap akan memberikan yang terbaik walaupun kali pertama beraksi dalam acara berkenaan,” kata atlet yang berumur 18 tahun itu.

Sementara itu, kem lawan pedang negara turut menyumbang pingat gangsa pada hari ini dalam acara epee individu lelaki menerusi Isaac Seet Kai Xuan.

Untuk rekod, emas yang dimenangi Philippa merupakan emas kedua yang dimenangi skuad lawan pedang di AUG 2022 selepas Tengku Amran Sharif Tengku Muadzam Sadruddin meraih emas dalam acara foil lelaki semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya