fbpx

108 ditahan polis ketika sedang asyik berlawan dalam PUBG

SEBAHAGIAN peserta yang ditahan oleh polis kerana menyertai pertandingan PUBG yang diharamkan di Bangladesh. - IHSAN MEDIA SOSIAL

CHUADANGA, Bangladesh: Polis menahan sekurang-kurangnya 108 pemain permainan dalam talian, ‘PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) yang sedang menyertai satu pertandingan di wilayah ini kelmarin.

Kejohanan tersebut berlangsung sepanjang malam di Pusat Komuniti Shohortoli Daulatdia di Chuadanga, dan sebaik sahaja mendapat tahu mengenai perkara itu pihak berkuasa tempatan terus mengambil tindakan.

Pegawai betugas di Balai Polis Chuadanga, Mahabbur Rahman mengesahkan serbuan dilakukan kerana permainan yang dipertandingkan diharamkan di negara itu.

Daripada 108 yang ditangkap, 24 daripada mereka dimasukkan ke penjara di Bangladesh, manakala 78 lagi dalam pengesahan umur sama ada masih bawah 18 tahun atau tidak.

Polis turut merampas wang dan 110 set telefon bimbit.

Memandangkan kebanyakan mereka adalah pelajar sekolah dan kolej, tindakan undang-undang akan diambil dengan mengambil kira umur mereka, kata sumber polis.

PUBG serta Garena Free Fire telah diharamkan oleh kerajaan Bangladesh sejak 25 Ogos 2021 dan mahkamah mengatakan permainan itu membawa ketagihan.

Semua pemain PUBG dari daerah berbeza termasuk Dhaka, Narayanganj, dan Cox’s Bazar berkumpul di Chuadanga untuk menyertai kejohanan berkenaan. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN