fbpx

Zii Jia tarik diri Sukan Komanwel 2022

LEE ZII JIA

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki badminton profesional negara, Lee Zii Jia membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk tidak mewakili Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham yang berlangsung 28 Julai hingga 8 Ogos depan.

Zii Jia, 24, mengambil keputusan itu bagi memberi tumpuan penuh terhadap misi besarnya tahun ini untuk merangkul Kejohanan Dunia yang berlangsung di Tokyo bermula 21 Ogos.

Ia satu tamparan buat kem badminton negara tatkala Zii Jia dianggap prospek untuk menyumbang emas buat kontijen Malaysia yang menyasarkan untuk membawa pulang tujuh emas dari temasya itu nanti.

“Keputusan ini dibuat disebabkan faktor keadaan tubuh badan saya selepas beraksi dalam banyak kejohanan berturut-turut. Dengan keadaan sekarang, saya tidak cukup rehat.

“Saya perlu memilih antara Sukan Komanwel dengan Kejohanan Dunia. Saya juga mengadakan perbincangan bersama pasukan saya dan kami putuskan untuk memberi fokus lebih kepada Kejohanan Dunia,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Twitter Astro Arena.

Juara Asia itu kini sedang bersiap untuk menghadapi Kejohanan Terbuka Malaysia yang akan membuka tirai Selasa depan. – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN