Tindakan pantas XOX legakan penyokong Bos Gaurus

Tindakan pantas XOX legakan penyokong Bos Gaurus

PEMAIN Perak FC kini hanya fokus kepada survival dalam Liga Perdana tanpa perlu memikirkan masalah luar padang. - IHSAN PERAK FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tindakan pantas pemilik Perak FC, XOX Berhad melepaskan kelab itu daripada tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendapat pujian penyokong Bos Gaurus.

Rata-rata peminat memuji syarikat telekomunikasi itu kerana mengeluarkan pasukan itu daripada kemelut dengan melunaskan semua tunggakan gaji pemain.

Berikutan itu juga Perak FC boleh mendaftar pemain tambahan serta tiga import.

KEMELUT kewangan yang melanda Perak FC terlerai selepas XOX Berhad mengambil alih kelab Liga Perdana itu.

“Terima kasih XOX kerana membawa Perak keluar daripada kemelut kewangan sekaligus memberi sinar baharu kepada pasukan ini.

“Dengan memiliki khidmat pemain tambahan berwibawa serta trio import untuk menghadapi baki saingan Liga Perdana kami yakin nasib pasukan akan berubah.

“Malah harapan melakar kejayaan dalam saingan Piala Malaysia juga sudah berputik,” kata seorang peminat yang mahu dikenali sebagai Hamzah.

Hamzah, 52, seorang jurutera yakin akan kemampuan pasukan Bos Gaurus mencapai kejayaan cemerlang sekaligus mengelak tersingkir ke Liga M3 biarpun ketika ini mengalami defisit -3 mata.

PERAK FC bakal kembali menjadi pesaing utama Liga M sebaik sahaja isu kewangan selesai.

Rakannya, Mohd. Umar Shamim, 45 pula berkeyakinan penuh pemain Perak akan memperbaiki persembahan mereka dalam baki sembilan perlawanan untuk mendaki kedudukan carta.

“Jika di pusingan pertama mereka mampu memberi saingan kepada pencabar lain, saya yakin mereka melakukan lebih baik di pusingan kedua ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN