Spekulasi Ronaldo ke Bayern tidak benar

Spekulasi Ronaldo ke Bayern tidak benar

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Pengarah Bayern Munich, Hasan Salihamidzic menafikan laporan bahawa juara Bundesliga itu mahu mendapatkan Cristiano Ronaldo daripada Manchester United.

Ronaldo, 37, mempamer aksi menakjubkan dalam kepulangan kedua bersama United dengan meledak 24 gol daripada 38, malangnya prestasi hambar Red Devils yang menghuni tangga keenam

Liga Perdana Inggeris (EPL) menyebabkan masa depannya kini tidak menentu.

Biarpun cemerlang di Old Trafford, kapten Portugal itu dikaitkan dengan perpindahan sejak akhir akhir musim lalu, apatah lagi ketika peranannya di bawah pengurus baharu Erik ten Hag tidak diketahui.

Laporan terbaru mengatakan Ronaldo juga bimbang dengan aktiviti suram United dalam jendela perpindahan pemain, dengan kelab itu masih belum memperkuatkan skuad Ten Hag tanpa mendapatkan mana-mana pemain baharu.

Sejak beberapa hari lalu, Bayern dikatakan mahu mendapatkan Ronaldo dan membuat pertukaran dengan Robert Lewandowski yang mahu meninggalkan Jerman.

“Cristiano Ronaldo adalah pemain terbaik dengan kerjaya cemerlang. Bagaimanapun, berita mengenai perjanjian dengan Bayern adalah tidak benar. Khabar angin ini tidak mempunyai kebenaran,” katanya kepada Sky Jerman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya