Skuad B-23 pulang tanpa sebarang mata

Skuad B-23 pulang tanpa sebarang mata

Skuad B-23 negara tewas 0-2 kepada Vietnam dalam perlawanan terakhir Kumpulan C Piala Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Anak-anak buah Brad Maloney pulang tanpa sebarang mata dari Piala Asia apabila tewas 0-2 kepada Vietnam dalam perlawanan terakhir Kumpulan C di Stadium Lokomotiv, Tashkent, Uzbekistan sebentar tadi.

Vietnam berjaya berada di depan pada minit ke-28 hasil jaringan Nham Manh Dung yang menanduk masuk bola hantaran lintang Nguyen Thanh Nhan.

Pada masa tambahan separuh masa pertama, skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara menimpa nasib malang apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Hairiey Hakim dilayangkan kad merah.

Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Vietnam apabila berjaya menggandakan kedudukan menerusi Bui Hoang Viet Anh sebelum wisel penamat dibunyikan.

PERTAHANAN negara, Quentin Cheng mengawal ketat pemain Vietnam dalam aksi Piala Asia B-23 di Uzbekistan.- FAM

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling melakukan serangan namun, gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan untuk dan keputusan kekal sehingga tamat permainan.

Kekalahan kepada Vietnam menyaksikan skuad B-23 gagal mengutip sebarang mata selepas turut tewas dalam dua perlawanan terdahulu iaitu 1-4 kepada Korea Selatan dan 0-3 kepada Thailand.

Kejayaan menundukkan Malaysia menyaksikan Vietnam berjaya mengiringi Korea Selatan ke suku akhir selepas juara 2020 itu menewaskan Thailand 1-0 dalam satu lagi perlawanan terakhir Kumpulan C.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN