Serena ‘liat’, namun bukan pilihan utama

Serena ‘liat’, namun bukan pilihan utama

SERENA WILLIAMS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Serena Williams bakal menjadi pemain yang sukar ditewaskan apabila Wimbledon membuka tirai esok, namun legenda Amerika Syarikat (AS) tersebut bukan pilihan untuk menjuarai kejohanan tenis tertua dunia itu.

Serena yang muncul juara 2002, 2003, 2009, 2010, 2012, 2015 serta 2016 bertanding atas tiket jemputan, dan dia bakal berentap dalam acara perseora­ngan wanita buat kali pertama selepas setahun.

Kali terakhir Serena tampil di Wimbledon adalah pada Jun tahun lalu, di mana dia menarik diri pada pusingan pertama akibat kecederaan kaki kanan.

 

SERENA Williams menjalani latihan di All England Club, London semalam dalam persiapan menghadapi Wimbledon yang membuka tirai esok.

Jurulatih tenis India, Nandan Bal berkata, Serena yang memiliki 23 gelaran Grand Slam sepanjang kariernya yang gemilang tidak akan menjadi pemain pilihan, malah dia percaya ­Wimbledon 2022 adalah kejohanan terakhir buat pemain berumur 40 tahun itu.

“Saya cenderung untuk me­ngatakan bahawa ketika ini seseorang tidak boleh mengatakan Serena akan menjadi pilihan untuk memenangi gelaran,” katanya.

Serena mungkin tidak ber­depan masalah untuk melepasi pusingan pertama apabila menentang pemain tidak ternama dari Perancis, Harmony Tan esok.

HARMONY TAN

Bagaimanapun ibu kepada seorang anak itu bakal berdepan cabaran getir di pusingan kedua apabila menentang sama ada pilihan ke-32 dari Sepanyol, Sara Sorribes Tormo atau rakan senegaranya, Christina McHale.

“Jika dia boleh melepasi ­pusingan kedua atau ketiga dia akan berada di landasan terbaik.

“Dia pastinya lawan yang amat liat, namun usia sudah ­tentu tidak menguntungkannya,” kata Bal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN