Selepas Daniel, Cools pula ke JDT?

Selepas Daniel, Cools pula ke JDT?

DION Cools (kiri sekali) mungkin menjadi rekrut terbaharu JDT selepas ini?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengumuman perpisahan pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) Mauricio dos Santos semalam meningkatkan spekulasi Harimau Selatan akan membawa masuk pemain baharu dalam masa terdekat.

Keputusan Juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu turut mencetuskan tanda tanya siapa yang akan dibawa masuk mengisi tempat yang ditinggalkan Maurico.

 

Tiga nama dikaitkan dengan JDT iaitu pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools, Jordi Amat dan Daniel Ting.

Bagaimanapun semalam, JDT mengesahkan Daniel sebagai kemasukan baharu, namun itu tidak menolak keha­diran Cools ke selatan tanah air.

Tindakan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik gambar bersama Cools di media sosial kelmarin mencetus pelbagai persoalan.

DANIEL Ting diperkenalkan sebagai rekrut terbaharu JDT semalam.

Gambar berkenaan dikongsikan Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja Johor di rua­ngan Instagram Story.

 

 

Selain TMJ dan Cools, gambar berkenaan turut memaparkan ketua jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards sebelum ini mendedahkan kelab itu akan menandatangani empat pemain baharu iaitu dua luar negara dan dua pemain tempatan.

Itu bermakna, sekali pun Daniel sudah dibawa masuk, Cools masih menjadi ‘sasaran’ seterusnya dan nilai pemain itu di pasaran kini mencecah 850,000 pound sterling (RM4.5 juta).

Selain JDT, Cools yang kini menyarung jersi kelab ­Denmark, Midtjylland turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris bersama Brentford.

Terdahulu JDT mengumumkan perpisahan dengan pemain pertahanannya, Mauricio.

Dikenali sebagai kereta kebal pemain berusia 33 tahun dari Brazil itu menyertai Harimau Selatan sejak tahun 2019 dan memenangi lapan trofi bersama skuad itu.

“Terima kasih atas khidmat dan komitmen cemerlang sepanjang empat musim di mana kita memenangi lapan trofi bersama-sama.

“Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga JDT,” jelas JDT dalam kenya­taan, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya