Salah tiada sumbangan buat Mesir?

Salah tiada sumbangan buat Mesir?

MOHAMED Salah ketika tewas kepada Senegal dalam final Piala Negara-Negara Afrika di Yaounde, Cameroon, Februari lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Bekas pengurus Mesir, Hassan Shehata mendakwa Mohamed Salah tidak memberi sumbangan bermakna buat skuad kebangsaan setelah penyerang Liverpool itu mendedahkan dia tidak lagi terlibat dengan perancangan skuad kebangsaan.

Shehata memiliki reputasi membawa pulang tiga Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dari 2006 hingga 2010 ke Mesir, dan rekod itu kekal sehingga kini.

Begitupun selepas itu, prestasi Mesir kian merudum, dengan kekalahan pada edisi 2017 kepada Cameroon dan seterusnya pada 2021 kepada Senegal menyaksikan Salah terus kempunan gela­ran di peringkat antarabangsa.

Ironinya, Mesir tewas kepada Senegal pada 2021 hasil jaringan rakan sepasukan Salah di Liverpool, Sadio Mane.

Justeru Shehata mempersoalkan sumbangan pemain berusia 30 tahun itu, dan mempertikaikan pelantikan jurulatih, Carlos Queiroz yang punyai hubungan baik dengan Salah.

HASSAN SHEHATA 

“Saya telah dipinggirkan dan saya tidak tahu mengapa. Bila difikirkan kembali, saya sudah memenangi AFCON tiga kali berturut-turut dan kemudian dipecat.

“Jurulatih asing mendapat apa yang mereka mahu, selain bayaran lumayan.

“Ehab Gala (bekas jurulatih Mesir) mengambil alih skuad pada waktu tidak tepat, dia tidak punyai masa mencukupi untuk menyediakan pasukan.

“Quieroz berlainan. Dia hadir menerusi ejen pemain, yang tidak sepatutnya dilakukan EFA (Persatuan Bola Sepak Mesir).

CARLOS Queiroz (kiri) bersama Mohamed Salah.

“Pemain yang dimiliki pula adalah Mohamed Salah, dan saya tidak begitu yakin apabila Queiroz dipilih sejak dari awal.

“Salah pemain yang bagus dan telah melakukan banyak perkara hebat di luar negara serta menjadi bintang besar dunia.

“Bagaimanapun dia tidak me­lakukan apa-apa untuk pasukan kebangsaan Mesir dan dia sepatutnya melakukan lebih banyak,” jelas Shehata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN