Red Devils hampir ikat Antony

Red Devils hampir ikat Antony

ANTONY menjadi sasaran utama Erik Ten Hag untuk dibawa masuk ke Manchester United musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Bintang sayap Ajax, Antony bakal menjadi pembelian besar pertama Manchester United musim panas ini dengan nilai perpindahan 40 juta pound (RM215 juta).

Pegawai United tiba di Amsterdam semalam bagi melengkapkan proses rundingan untuk mendapatkan pemain kelahiran Brazil itu musim depan.

Pengendali United, Erik Ten Hag mahu bekas pemainnya itu menyertai pembinaan semula di Old Trafford untuk menjadikan United lebih berdaya saing.

Pemain sayap berumur 22 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang musim lalu dengan 12 gol dan mencipta 10 bantuan dalam 33 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Ajax yang juga juara Belanda.

Antony juga mempunyai rasa hormat dan kagum terhadap bekas pengurusnya, Ten Hag yang membuat keputusan berpindah dari Ajax ke United untuk menghidupkan semula gergasi itu.

“Saya mengucapkan te­rima kasih atas semua yang anda ajar saya. Ketahuilah bahawa saya akan sentiasa bersama anda jika anda memerlukan saya,” kata Anthony dalam mesej perpisahan kepada Ten Hag.

United sedang berusaha mendapatkan sehingga lima pemain pada musim ini, namun peminat Red Devils mula gusar apabila kurang aktiviti perpindahan untuk kelab mereka setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif United, Richard Arnold pergi ke sebuah kelab malam di Cheshire pada Sabtu lalu bagi menenangkan sekumpulan peminat yang bersedia berarak ke rumahnya bagi menyuarakan kebimbangan.

Dia memberitahu mereka bahawa wang 200 juta pound (RM1.07 billion) mampu digunakan Ten Hag dan ketua perpindahan, John Murtough untuk membina semula pasukan.

Ten Hag bukan sahaja mahukan Antony dari Ajax tetapi juga bek tengah Jurrien Timber.

FRENKIE DE JONG

Bekas bos United, Louis Van Gaal bagaimanapun memberi amaran kepada Timber bahawa jika dia tidak mendapat masa permainan mencukupi di United maka dia akan terkeluar dari skuad Piala Dunia Belanda.

United terus mencuba dan mendapatkan pemain tengah sasaran musim panas utama mereka, Frenkie De Jong dari Barcelona.

“Sebagai sebuah kelab, kami me­lakukan segalanya untuk menyelesaikan perjanjian itu.

“Kami ada wang tetapi ada perkara yang menghalang kami dan saya tidak boleh katakan,” kata Arnold.

Masalahnya ialah De Jong tidak berminat meninggalkan Camp Nou, manakala pengurusnya, Xavi mahu pengganti bersedia jika dia pergi.

United juga tidak berminat membayar 64 juta pound (RM345 juta) kepada Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN