Polis Bukit Aman takluk jersi kuning

Polis Bukit Aman takluk jersi kuning

MUHAMMAD Elmi Jumari (tiga dari kiri) bersama rakan sepasukan selepas memenangi jersi kuning bagi kategori individu lelaki L'Etape Malaysia oleh Tour de France di Desaru Coast, Kota Tinggi semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Anggota polis yang berkhidmat di Bukit Aman muncul pemenang sulung bagi jersi kuning setelah bergelar juara keseluruhan L’Etape Malaysia oleh Tour de France yang diadakan di Desaru Coast semalam.

Konstabel Muhammad Elmi Jumari, 32, pelumba pasukan Orbit Cycle United mencatat masa 3 jam 11 minit dalam perlumbaan kategori individu lelaki sejauh 140 kilometer (km).

Kemenangan yang ditentukan melalui catatan masa terpantas itu menyaksikan Muhammad Elmi berjaya mengatasi David Cheam Dow Wei dan Hishamudin Aalaudin yang berbeza dua minit di belakang.

MUHAMMAD Elmi Jumari muncul juara keseluruhan L’Etape Malaysia oleh Tour De France sejauh di Desaru Coast, Kota Tinggi semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Beliau ketika ditemui berkata, strateginya bersama rakan sepasukan bermula dari belakang membuahkan hasil apabila berjaya mengekalkan tempo kayuhan sehingga ke garisan penamat.

“Pada mulanya, kami menyasarkan rakan sepasukan lain untuk memenangi kategori lelaki, namun catatan masa akhirnya berpihak kepada saya apabila dianugerahkan jersi kuning pada perlumbaan L’Etape yang pertama kali diadakan di Malaysia.

“Apa-apa pun saya mahu berterima kasih kepada majikan saya iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberi pelepasan untuk menjalani latihan penuh bersama rakan sepasukan lain sejak selepas Hari Raya Aidilfitri lalu,” katanya.

Bagi kategori individu wanita 140km, Yeong Zhen Yi memenangi tempat pertama dengan catatan masa 3 jam 14 minit, manakala pasukan Nacho Maglia Cycling Team dan Team Kayuh dinobat juara bagi kategori pasukan lelaki dan wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya