Pan Gon pilih Syihan Hazmi

Pan Gon pilih Syihan Hazmi

SYIHAN Hazmi merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik ABK22.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Syihan Hazmi diberikan tanggungjawab untuk menjadi benteng terakhir skuad Harimau Malaya dalam perlawanan terakhir kempen kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bangladesh malam ini.

Keputusan drastik Kim Pan Gon menurunkan Syihan pada malam ini bagi menggantikan Farizal Marlias adalah berkemungkinan kerana kesilapan mudah dilakukannya dalam perlawanan menentang Bahrain.

Untuk rekod, Syihan merupakan penjaga gol ketiga skuad harimau Malaya dan diturunkan buat kali pertama dalam kesebelasan utama dalam kempen kempen kelayakan Piala Asia 2023.

Pan Gon turut menyenaraikan Syafiq Ahmad, Faisal Halim, Arif Aiman, Safawi Rashid dan Shahrul Saad yang diletakkan di bangku simpanan ketika menentang Bahrain.

Sebelum ini, Farizal menjadi topik paling sohor dibincangkan warga Twitter susulan kesilapan mudahnya yang menghadiahkan sepakan penalti pada perlawanan menentang Bahrain Sabtu lalu yang menyaksikan Malaysia tewas 1-2.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kesilapan yang dilakukan meskipun pasukan Harimau Malaya bermain baik sepanjang perlawanan

Jaringan sepakan penalti Bahrain pada penghujung permainan meranapkan impian Malaysia untuk sekurang-kurangnya mendapat satu mata dalam saingan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.