PAFA serah laporan Kongres tahunan kepada PJS

PAFA serah laporan Kongres tahunan kepada PJS

Mohd Azhar menyampaikan ucapan ketika Kongres Tahunan PAFA ke-63 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang diterajui Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin berharap kemelut kepimpinan persatuan itu berakhir segera.

Harapan itu di suarakan Mohd. Azhar selepas pihaknya mengemukakan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) termasuk laporan Kongres Tahunan PAFA ke-63 kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) semalam.

Menurutnya, segala laporan lengkap seperti yang ditetapkan PJS telah dibuat mengikut apa yang termaktub dalam perundangan dan perlembagaan dalam persatuan.

“PJS sebelum ini telah memutuskan ahli jawatankuasa PAFA yang sah ketika ini ialah mereka yang dipilih pada sesi 2018-2021 dan PAFA perlu mengadakan pemilihan semula bagi memilih ahli jawatankuasa yang baharu sebelum tamat tempoh penggantungan selama enam bulan.

“Alhamdulillah kami telah laksanakan arahan PJS untuk adakan pemilihan baharu pada 28 Mei lalu dan kami telah jemput kesemua 18 ahli gabungan kerana PJS telah nyatakan perlu libatkan semua ahli gabungan,” katanya selepas menyerahkan laporan kongres di pejabat PJS, semalam.

Hadir sama, Timbalan Presiden PAFA, Datuk Sham Mat Sahat serta Naib Presiden II, Mohd Reduan Amir Hamzah dan Joharuddin Johar Ali selaku Naib Presiden III selain beberapa Ahli Jawatankuasa Eksekutif yang baru dipilih dalam Kongres yang diadakan pada 28 Mei yang lepas.

PAFA digantung selama enam bulan oleh PJS pada 7 Mac lalu ekoran kemelut yang melanda badan induk bola sepak itu bagi membolehkan persatuan itu membuat langkah-langkah pemulihan oleh Jawatankuasa Eksekutif 2018-2021 untuk mengadakan Kongres Tahunan mengikut perlembagaan.

PJS juga menetapkan sepanjang penggantungan itu, PAFA tidak boleh membuat sebarang tindakan atau menganjur atau menyertai apa-apa aktiviti melibatkan badan induk negeri itu.

Tambah Mohd. Azhar, pihaknya optimis PJS akan meneliti laporan yang telah diserahkan dan membuat ketetapan dengan kadar segera .

“Laporan yang dihantar hari ini adalah seperti mana yang ditetapkan oleh PJS dan kami percaya pihak PJS akan membuat keputusan yang adil dan bijaksana untuk menyelesaikan segera kemelut yang berlarutan ini.

“Keputusan segera ini penting demi pembangunan bola sepak di negeri ini dan PAFA bolehlah terus fokus untuk melahirkan lebih ramai pemain berbakat dalam negeri Perak ,” katanya-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya