Ozil bakal beralih menjadi atlet e-sukan

Ozil bakal beralih menjadi atlet e-sukan

MESUT Ozil sedia meninggalkan bola sepak bagi menjadi atlet e-sukan profesional.

LONDON: Biarpun masih mempunyai baki dua tahun kontrak bersama gergasi bola sepak Turki, Fenerbahce, namun bintang Jerman, Mesut Ozil menunjukkan minat untuk beralih menjadi atlet e-sukan profesional.

Ozil berpindah ke Turki dari Arsenal pada Januari 2021 tetapi bergelut untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama kendalian Jorge Jesus.
Pemain berusia 33 tahun itu disisihkan pada baki liga musim lalu dengan perlawanan terakhirnya pada 20 Mac.

“Saya fikir dia tidak akan beraksi bersama kelab lain. Saya nampak dia hampir pasti kekal bersama Fenerbahce,” kata ejennya, Erkut Sogut kepada The Telegraph.

Bagaimanapun Sogut ber­kata, Ozil sudah menimbangkan masa depannya de­ngan menyertai e-sukan.

“Dia akan melibatkan diri dengan lebih aktif dalam ­e-sukan dan mungkin menjadi atlet profesional.

“Dia sangat bagus dan saya fikir suatu hari nanti jangan terkejut dia akan bertanding.

“Dia mempunyai pasukannya sendiri, M10 Esports dan mempunyai beberapa pemain selain ‘outlet’ e-sukan di Jerman,” katanya. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN