Nadal singkir Djokovic dalam pertarungan epik Terbuka Perancis

Nadal singkir Djokovic dalam pertarungan epik Terbuka Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Rafael Nadal mengatasi seteru lama yang juga pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic dalam pertarungan epik empat set untuk mara ke separuh akhir tenis Terbuka Perancis buat kali ke-15, awal pagi tadi.

Juara 13 kali itu menang 6-2, 4-6, 6-2, 7-6 (7/4) dalam pertemuan ke-59 mereka selepas bertarung selama empat jam 12 minit pada aksi suku akhir di Court Philippe Chatrier.

Nadal mengesahkan kemenangan kelapan dalam 10 aksi di Terbuka Perancis berdepan juara bertahan, Djokovic pada pukul 1.16 pagi waktu tempatan untuk menempah pertemuan dengan pilihan ketiga dari Jerman Alexander Zverev esok.

“Saya sangat beremosi. Bagi saya bermain di sini amat menakjubkan. Perasaan ini mengujakan buat saya.

“Bermain menentangnya sentiasa memberikan cabaran hebat… Untuk menang, hanya ada satu cara, memberi aksi terbaik dari mata pertama hingga terakhir,” kata Nadal.

NOVAK Djokovic (kiri) dalam pertarungan sengit empat set kepada Rafael Nadal.

Jaguh Sepanyol berusia 35 tahun itu hanya tewas tiga daripada 113 perlawanan di gelanggang tanah liat Paris sejak menang muncul juara 2005 dan kini hanya ketinggalan 30-29 di belakang Djokovic dalam pertembungan antara mereka.

Kemenangan itu menebus kekalahan kepada bintang Serbia tersebut pada suku akhir tahun lalu.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi suku akhir, Zverev bermain tenang untuk membalas dendam dan menyingkirkan pemain remaja sensasi Sepanyol, Carlos Alcaraz 6-4, 6-4, 4-6, 7-6 (9/7).

Pada ketika majoriti penonton menyokong Alcaraz, 19, yang mencatat kemenangan ke-14 berturut-turut sebelum ini, Zverev membuktikan kekuatan mentalnya untuk memenangi pertarungan selama tiga jam dan 18 minit itu.

Awal bulan lalu, Alcaraz menewaskan Zverev yang juga juara Sukan Olimpik di final ATP Masters di Madrid dalam pertarungan terbaru mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya