Mora mahu JDT menang lagi

Mora mahu JDT menang lagi

SELEPAS membenam Selangor 5-1 minggu lalu, JDT mahu menjadikan PJ City mangsa seterusnya untuk mempertahankan kedudukan pendahulu Liga Super.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menuntut para pemain untuk meneruskan rentak kemenangan apabila berdepan Petaling Jaya City (PJ City) dalam aksi Liga Super malam ini.

Mora mengakui, usaha untuk mengutip tiga mata bukanlah mudah kerana PJ City cukup liat untuk ditumbangkan setelah pasukan tersebut memberi tentangan sengit.

Katanya, Harimau Selatan perlu merencana taktikal ampuh bagi berdepan anak buah P. Maniam yang mengintai peluang untuk mencuri mata pada pertemuan itu.

PemAIN JDT menjalani latihan semalam menjelang pertemuan menentang PJ City.

“Setiap kali bertemu PJ City, ia akan mendatangkan masalah buat kami. Mereka bukan lawan yang mudah dan ia akan kekal begitu setiap kali kami menentang mereka.

“Semangat juang yang ditunjukkan mereka sangat tinggi dan JDT perlu berusaha keras untuk memastikan mereka pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Mora berpandangan skuad Harimau Selatan perlu memastikan rekod kemenangan di gelanggang sendiri perlu dipertahankan untuk memastikan penguasaan dalam Liga Super.

Katanya, kemenangan besar ke atas Selangor FC 5-1 sebelum ini memberi suntikan semangat bagi pasukan untuk terus memastikan kemenangan dilakar di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.

Mohamadou Sumareh meraikan gol kelima JDT bersama rakan sepasukan ketika membantu pasukan itu membenam Selangor 5-1.

“Kita perlu mengekalkan rekod kemenangan di laman sendiri, kehilangan mata ketika menentang Sri Pahang FC yang berkesudahan seri 2-2 sebelum ini meninggalkan luka bagi JDT.

“Dengan persembahan lima bintang ketika menewaskan Selangor 5-1 baru-baru ini membuktikan pasukan kembali ke landasan kemenangan untuk bertemu PJ City,” katanya.

Pemilihan barisan kesebelasan utama masih belum diputuskan dan menunggu laporan akhir tahap kecergasan setiap pemain utama JDT.

Mora pastinya akan meletakkan harapan kepada gandingan penyerang import, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri bagi merobek gawang lawan untuk mencipta kemenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.