Malaysia miliki kelebihan, Hong Kong tak letak harapan

Malaysia miliki kelebihan, Hong Kong tak letak harapan

Jorn Andersen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada aksi kompetitif gara-gara perintah berkurung hampir empat bulan, selain faktor Kim Pan-gon membuatkan Hong Kong berdepan Malaysia dalam aksi persahabatan hari ini tanpa keyakinan tinggi.

Pengendali Hong Kong, Jorn Andersen mengakui, Harimau Malaya mempunyai kelebihan kerana ketua jurulatih skuad negara, Pan-gon amat mengenali pemain-pemainnya.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu pernah membimbing Hong Kong dua kali dari 2009 hingga 2010 dan 2012 hingga 2017.

“Saya tiba di Hong Kong pada Disember lalu dan kemudian gelombang Covid-19 melanda dengan empat bulan semua acara sukan diharamkan sehingga pemain terpaksa menjalani latihan sendiri.

“Begitupun kita sudah kembali menjalani kem latihan pusat sejak awal Mei termasuk dua minggu di Thailand.

“Kini, saya percaya semua pemain sudah berada di tahap yang dikehendaki untuk mencapai keputusan positif,” katanya.

Menurut Andersen, hubungan baik Pan-gon dengan skuad kebangsaan Hong Kong berjaya merealisasikan perlawanan itu.

“Sebelum ini saya pernah menentang Malaysia ketika membimbing Korea Utara dan menang dua perlawanan tersebut. Sudah pasti ia akan memberi motivasi buat sayam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN