Malayan Tigress elak dibelasah

Malayan Tigress elak dibelasah

PEMAIN Malayan Tigress menjalani latihan di Stadium Bir Shrestha Shaheed Shihapi Mohammad Mostofa Kamal, Bangladesh semalam menjelang aksi persahabatan menentang Bangladesh, Jumaat ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bola sepak wanita negara akan memanfaatkan aksi persahabatan menentang Bangladesh di Sylhet  pada Jumaat dan Ahad ini bagi mempersiapkan pasukan menjelang Kejuaraan AFF Wanita 2022 yang bermula 4 Julai ini di Binan City, Filipina.

Bagi ketua jurulatih Malayan Tigress, Jacob Joseph menjelaskan dua perlawanan itu adalah platform terbaik untuk anak-anak buahnya memperolehi minit permainan selepas kali terakhir berkumpul pada ­September tahun lalu.

Jelasnya, ia bukan satu tugas mudah untuk skuad wanita pada Kejuaraan AFF wanita 2022 susulan tiada kejohanan kompetitif untuk mereka berbanding pasukan lelaki.

“Bukan tugas mudah tetapi saya akan gunakan masa yang ada untuk menyediakan pasukan terbaik dan dibawa ke Piala AFF wanita yang berlangsung di Filipina,” katanya yang berlepas bersama pasukan ke Bangladesh semalam.

Kali terakhir pasukan wanita negara berkumpul bersama adalah pada Kelayakan Piala Asia Wanita, hujung September 2019 dengan rekod satu menang ke atas Palestin 2-0 dan tewas kepada Thailand (4-0).

Dalam pada itu, ketua pasukan, Steffi Sarge Kaur me­nyedari peluang mara lebih jauh di kejohanan itu adalah misi sukar ke­rana diletakkan dalam Kumpulan A bersama Filipina, Thailand dan Australia, termasuklah Si­n­gapura serta Indonesia.

“Kami kembali berjumpa selepas kali terakhir bersama pada September tahun lalu, namun sesi latihan yang dijalani itu dapat meningkatkan keserasian antara pemain.

“Perlawanan persahabatan menentang Bangladesh sebagai medan ujian sebelum berdepan cabaran sebenar terutama daripada pasukan tuan rumah, Filipina, Thailand dan Australia,” jelasnya.

Malaysia akan memulakan kempen berkenaan dengan perlawanan pertama menentang Singapura pada empat Julai; Indonesia pada enam ; Filipina pada lapan ; Thailand pada 10 Julai dan Australia pada 12 Julai.

Perlawanan separuh akhir Kejuaraan AFF Wanita 2022 dijadualkan pada 15 Julai dan perlawanan akhir serta perlawanan tempat ketiga pula pada 17 Julai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN