Liverpool sedia pecahkan rekod bagi dapatkan khidmat Nunez

Liverpool sedia pecahkan rekod bagi dapatkan khidmat Nunez

nunez
Darwin Nunez
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool mungkin bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan mereka untuk menandatangani pe­nyerang Darwin Nunez dari Benfica.

Penyerang Uruguay itu menjaringkan 34 gol dalam 41 perlawanan untuk Eagles musim lalu dan dia juga diminati oleh beberapa kelab lain termasuk Manchester United dan Newcastle.

Begitupun, penyerang berumur 22 tahun itu, lebih berminat menyertai The Reds kerana skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan beraksi di Liga Juara-Juara pada musim depan.

Jika Liverpool berjaya memikat Nunez, bayaran yang dilaporkan sebanyak £85 juta pound (RM468 juta) akan melebihi £75 juta pound (RM412 juta) yang mereka bayar Southampton untuk Virgil Van Dijk pada 2018.

Difahamkan, Pengarah Sukan Liverpool, Julian Ward juga telah bertemu dengan pegawai Benfica bagi mendapatkan tandatangan Nunez yang akan membantu mengisi kekoso­ngan ditinggalkan Sadio Mane dan Divock Origi.

“Sangat bagus, Saya tahu sebelum ini, dan dia bermain cukup banyak di hadapan saya dengan pertarungan sukarnya dengan Ibrahima Konate.

“Dia kuat dari segi fizikal, cepat, tenang di sekitar penyudahnya. Bagus, sangat bagus. Saya selalu berkata dalam si­tuasi ini jika dia sihat, ia adalah kerjaya besar di hadapannya,” kata Klopp mengenai Nunez.

Aspek lain yang nampaknya akan meningkatkan perjanjian itu ialah Nunez diwakili oleh ejen yang sama yang menjaga pemain Liverpool iaitu Fabin­ho, Diogo Jota dan Fabio Carvalho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya