Legenda bola sepak negara, Syed Ahmad meninggal dunia

Legenda bola sepak negara, Syed Ahmad meninggal dunia

Legenda bola sepak negara, Syed Ahmad Abu Bakar, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kangar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Legenda bola sepak negara, Syed Ahmad Abu Bakar, menghembuskan nafas terakhirnya pada umur 76 tahun di Hospital Kangar sebentar tadi selepas bertarung lebih dua tahun dengan barah prostat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Samihah Razali dan lima anak, Syed Ahmad Shahazuddin, Syed Zaimuddin, Wan Noor Atikah, Syed Abu Bakar dan bekas atlet lompat tinggi negara, Syed Zamilluddin.

Dilahirkan di Pontian, Johor, pada 20 April 1946, Syed Ahmad dikenang sebagai wira yang membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik Munich 1972 tetapi tidak tersenarai ke temasya berkenaan.

“Syed Ahmad menjaringkan lima gol ketika membantu anak buah Dave McLaren dan Jalil Che Din menewaskan Korea Selatan, Jepun, Filipina dan Taiwan pada kelayakan di Seoul pada 1971, namun digugurkan daripada skuad ke Munich.

“Kali pertama mewakili Johor dalam pertandingan Combined School di peringkat sekolah rendah dan seterusnya ke peringkat Piala Burnley pada 1961, Syed Ahmad menyarung jersi negara dari 1966 hingga 1974.

“Sekalipun memulakan kerjaya bersama negeri kelahirannya, Allahyarham mencipta nama dan meninggalkan legasi bersama tiga pasukan Utara, Pulau Pinang (1965-1972), Perak (1972-1980) dan Kedah (1980-1981),” kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam hantaran di laman Facebooknya.

Selain itu katanya, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM berkesempatan menyantuni Syed Ahmad di kediamannya di Perlis pada Februari lalu.

Kejayaan pra-kelayakan Olimpik 1971 membawa seribu kenangan buat Syed Ahmad kerana tandunkannya pada minit ke-54 hasil hantaran tepat Looi Loon Teik mengaibkan Korea Selatan, dua hari selepas meledak hatrik membenam pemenang pingat gangsa Olimpik 1968, Jepun 3-0.

Di Sukan Asia Tehran 1974, gabungan Syed Ahmad, Mokhtar Dahari dan Isa Bakar membentuk jentera penggempur Malaysia berbisa dengan mengumpul 20 gol sehingga mengutip gangsa menewaskan Korea Utara 2-1.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN