‘Kami melawan untuk menang’

‘Kami melawan untuk menang’

PEMAIN Malaysia menjalani latihan di Tashkent, Uzbekistan semalam sebelum berdepan Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C, Piala Asia Bawah 23 malam ini. IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mudah, namun bukan mustahil.

Malaysia turun dengan mentaliti menang apabila membuka kempen Piala Asia Bawah 23 ­(B-23) malam ini biarpun berdepan cabaran getir juara bertahan, Korea Selatan di Stadium Lokomotiv, Tashkent.

Di atas kertas sudah pasti skuad muda Taeguk Warriors merupakan pilihan kerana memiliki ramai pemain berkualiti yang berpangkalan di luar negara, termasuk Eropah bersama pasukan kali ini.

Begitupun persembahan me­nyakinkan pada Sukan SEA di Vietnam, baru-baru ini mening­katkan keyakinan pengendali negara, Brad Maloney bahawa beliau memiliki sekumpulan pe­main yang bukan sahaja ber­kualiti, malah mempunyai semangat juang tinggi.

Tegas Maloney, bebas daripada sebarang kecederaan dan ‘pemanas badan’ yang telah dilalui sepanjang temasya di Vietnam membuatkan skuad Harimau Malaya B-23 kali ini mampu menampilkan aksi terbaik.

“Kami telah melakukan persiapan yang baik dan pemain semua sudah menyesuaikan di­ri dengan persekitaran serta perubahan iklim di sini selepas mengharungi perjalanan panjang dari Malaysia.

“Mengenai pertemuan dengan Korea, berdasarkan analisis awal mereka pasukan yang sangat kuat dengan diwakili beberapa pemain yang berpangkalan di Eropah.

“Bagaimanapun, saya perca­ya dengan kualiti yang ada pada pasukan dalam usaha memberi cabaran yang diharapkan pada aksi pertama ,” tegasnya.

Katanya, pemain juga bakal menimba pengalaman baharu kerana beraksi perlawanan yang bakal menggunakan sistem vi­deo bantuan pengadil (VAR) buat kali pertama.

“Ia akan memberikan perasaan bahawa perlawanan akan berlangsung adil,” kata Maloney.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya