Jesus tajamkan serangan Gunners

Jesus tajamkan serangan Gunners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal bakal menampilkan serangan ampuh musim depan selepas kelab London itu akhirnya mendapatkan khidmat penyerang Brazil, Gabriel Jesus dengan kontrak lima tahun.

Gunners sudah mencapai persetujuan dengan Manchester City untuk membeli pemain berusia 25 tahun itu pada harga 45 juta pound (RM243 juta).

Jesus sebelum ini pernah bekerjasama dengan pengendali Arsenal, Mikel Arteta ketika jurulatih kelahiran Sepanyol itu menjadi penolong Pep Guardiola di City.

City difahamkan akan menggunakan dana itu untuk memastikan perpindahan pemain tengah Leeds United, Kalvin Phillips menjadi kenyataan.

The Citizens telah bersetuju dengan perjanjian sebanyak 42 juta pound (RM227 juta) untuk pemain antarabangsa England itu.

Juara Liga Perdana Inggeris 2021-2022 itu telah mendapatkan Erling Haaland dari Borussia Dortmund, yang bermakna mereka mampu menjual Jesus.

Arsenal memilih untuk tidak membeli penyerang pada jendela perpindahan Januari walaupun Pierre-Emerick Aubameyang menyertai Barcelona.

Awal bulan ini penye­rang Eddie Nketiah menandatangani kontrak lima tahun baharu de­ngan kelab itu.

Jesus telah lama dikenal pasti sebagai sasaran utama Arteta, yang berharap pemain antarabangsa Brazil itu akan memberikan pasukannya ke­lebihan tambahan dalam sera­ngan.

Sejak menyertai City dari Palmeiras pada 2017 Jesus te­lah menjaringkan 95 gol dalam 236 penampilan. Dia telah memenangi Liga Perdana empat kali dan Piala Liga tiga kali, serta Piala FA sekali.

Gunners juga telah menandatangani pemain tengah Fabio Vieira dari Porto dan pemain sayap muda Marquinhos dari Sao Paulo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya