JDT masih ghairah bawa masuk pemain

JDT masih ghairah bawa masuk pemain

JDT kini semakin disegani di pentas antarabangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun dilihat tiada ‘kecacatan’ dan unggul mendahului Liga Super dengan rekod tanpa kalah, namun Johor Darul Ta’zim (JDT) masih tidak berpuas hati dengan kekuatan mereka.

Harimau Selatan membawa masuk empat muka baharu – dua import dan dua tempatan bagi memperkuatkan pasukan, yang akan turut bersaing di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat kali pertama.

Perkara itu diumumkan Pe­ngarah Teknikal Kelab, Alistair Edwards kelmarin, sekali gus memberi amaran kepada pe­saing mereka Harimau Selatan sedia mengukuhkan cengkaman, terutama apabila berdepan kelab Jepun, Urawa Red ­Diamond di kempen ACL.

“Selesai tugas menandata­ngani dua pemain import dan dua tempatan. Kelab berada dalam keadaan baik dan negeri ‘under control’.

“Lebih banyak peningkatan dalam berapa bulan mendatang untuk kedua-duanya,” kata pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Instagram.

JARDI AMAT

Berdasarkan berita yang tersebar di media sosial, salah seolah pemain dari luar yang bakal menyertai Harimau Selatan ialah tonggak naturalisasi Indonesia, Jordi Amat di posisi pertahanan, selain Gonzalo Cabrera yang kembali sertai JDT sebagai pemain tempatan.

Selain JDT, Sri Pahang menandatangani pemain tengah skuad kebangsaan Filipina, Kevin Ingreso secara pinjaman selama enam bulan dari kelab Thailand, BG Pathum United.

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak juga mengumumkan akan membawa masuk seorang pemain import dari Timur Tengah bagi menggantikan Jang Suk Won yang ditamatkan kontrak dengan persetujuan bersama.

Bagi kancah Liga Perdana, Perak FC boleh menarik nafas lega apabila akhirnya dibenarkan mendaftar 14 pemain yang sudah menandatangani kontrak bersama mereka sejak awal tahun lalu.

Antara nama-nama besar yang akan memperkuatkan skuad Perak FC ialah Indra Putra Mahayuddin, Syamim Yahya, Wan Zack Haikal Wan Noor, Ferris Danial Mat Nasir dan Zamir Selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya