Jangan jual de Jong – Kluivert

Jangan jual de Jong – Kluivert

Frenkie De Jong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Patrick Kluivert berharap Barcelona tidak akan melepaskan rakan senegaranya, Frenkie de Jong kepada Manchester United kerana itu hanya merugikan gergasi bola sepak Sepanyol tersebut.

Walaupun berulang kali menegaskan, dia mahu kekal di La Liga, namun bintang tengah berusia 25 tahun itu menjadi sasaran utama United, dan Barca tidak keberatan melepaskannya jika mendapat tawaran sesuai.

Bekas jurulatih De Jong di Ajax, Erik ten Hag amat berminat membawa masuk bintang Belanda itu ke Old Trafford, namun yuran perpindahan 85 juta euro (RM394 juta) kini menjadi halangan terbesar.

De Jong bergelut mendapat tempat dalam ke­sebelasan utama sejak tiba di Camp Nou pada 2019, dengan Sergio Busquets tetap menjadi pilihan di bahagian tengah bertahan Barcelona.

Kluivert mengakui, tidak mudah untuk menggantikan Busquets, namun De Jong akan berkembang di Barcelona.

Katanya, dengan masalah kewangan yang dihadapi kelab itu ketika ini, penting untuk mereka mengekalkan pemain berkualiti kerana tiada keupayaan melakukan pembe­lian besar.

“Saya berharap mereka akan mengekalkan­nya.

“Jika mereka menjualnya, kelab akan untung besar tetapi ia musim yang panjang dan Frenkie pula bukan sembarangan pemain. Saya tidak akan menjualnya.

“Busquets ada di sana, dia mempunyai tahun yang mengagumkan dan sukar untuk menyingkirkannya.

“renkie mampu bermain di pelbagai posisi. Bagi saya, yang terbaik ialah nombor enam tetapi Busi ada di sana,” kata legenda Belanda itu kepada Cadena Ser. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya