Hati Mane sudah lama bersama Bayern

Hati Mane sudah lama bersama Bayern

SADIO Mane sudah tiba di Munich untuk menjalani rawatan perubatan bersama Bayern Munich semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sadio Mane me­ngakui, dia sudah melihat dirinya bersama Bayern Munich sebaik sahaja diberitahu oleh ejennya mengenai minat kelab Jerman tersebut.

Mane sudah selesai menjalani pemeriksaan perubatan semalam dan bersedia diumumkan sebagai bintang baharu juara Bundesliga itu pada bila-bila masa.

Sepanjang enam tahun tempoh gemilangnya bersama ­Liverpool, Mane telah merangkul semua gelaran di peringkat domestik, Eropah dan dunia, malah membantu Reds menamatkan penantian 30 tahun bagi memenangi saingan Liga Perdana Inggeris.

“Kali pertama ejen saya memberitahu mengenai minat ditunjukkan Bayern, saya terus teruja.

“Saya dapat melihat diri saya berasa di sana… Bayern antara kelab besar dunia dan sentiasa berjuang untuk setiap gelaran.

“Keputusan untuk menyertai pasukan ini adalah idea yang baik dan tepat.

“Walaupun ada beberapa kelab turut menyatakan minat tapi perancangan Bayern untuk saya lebih baik daripada tawaran lain,” katanya kepada Bild.

Mane menyertai Bayern Munich dengan perpindahan bernilai 35 juta pound (RM188.62 juta) dan berhasrat mahu menjadikan tahun pertamannya dengan membantu juara

Liga Juara-Juara 2020 kembali merangkul gelaran berkenaan.

“Saya tidak boleh kata tidak kerana impian semua pemain di dunia ini tentunya mahu memenangi Liga Juara-Juara dan kini saya bersama pasukan yang memiliki sasaran sama,” jelasnya.

Walaupun Mane teruja untuk berhijrah, namun sebahagian bekas bintang Liverpool tidak gembira melihat pemain itu meninggalkan kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya