Giliran Sri Pahang 'dibahan' penyokong sendiri

Giliran Sri Pahang ‘dibahan’ penyokong sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mampu menahan kecewa dengan kekalahan terbaharu yang dialami Sri Pahang, penyokong mereka dilihat melepaskan kemarahan kepada pemain sejurus selepas pasukan itu kalah 3-0 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) di Paroi malam tadi.

Kekalahan keenam daripada 10 perlawanan musim ini menyebabkan anak-anak buah Christophe Gamel menduduki tangga kedua tercorot dengan mengutip lapan mata.

Menerusi satu video yang tular, kelompok penyokong Tok Gajah dilihat seakan ‘bertikam lidah’ dengan pemain kerana kurang berpuas hati dengan prestasi semasa skuad yang kini kemarau kemenangan dalam tiga aksi terakhir.

Dalam episod tersebut dapat dilihat penyokong berbalas kata-kata dengan pemain berpengalaman, Muslim Ahmad selepas tamat perlawanan sebelum ditenangkan Nor Azam Azih dan rakan sepasukan yang lain.

Sementara itu dalam perkembangan sama, pengendali pasukan Christophe Gamel menyerahkan segala keputusan kepada pengurusan.

“Apa yang terbaik untuk pasukan Sri Pahang, saya tetap hormati. Soal masa depan, saya serah kepada pihak pengurusan untuk menentukannya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, Negeri Sembilan akhirnya mencatat kemenangan pertama selepas tiga perlawanan, berterima kasih kepada impak segera yang dibawa trio import, Gustavo Almeida, Yashir Pinto dan Matheus Alves. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya