Faizal kecewa tetapi hormati keputusan Zii Jia

Faizal kecewa tetapi hormati keputusan Zii Jia

AHMAD Faizal Azumu (kiri) memeriksa perbarisan dan menyampaikan trofi kepada ketua pasukan pada Temasya Sukan SMK Sekolah Raja Perempuan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui kecewa dengan keputusan pemain badminton negara, Lee Zii Jia yang menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham yang dijadual pada 28 Julai hingga 8 Ogos.

Menurutnya, begitu pun beliau menghormati keputusan Zii Jia itu atas sebab jadual padat yang diharungi pemain itu.

Ahmad Faizal berkata, beliau telah bercakap sendiri dengan Zii Jia mengenai perkara itu dan pemain itu meminta maaf kerana tidak dapat beraksi untuk negara di Birmingham.

LEE ZII JIA

“Saya rasa kecewa dengan pengunduran Zii Jia daripada mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel. Saya sudah dapat bercakap dengan beliau dan beliau memohon maaf.

“Beliau sebenarnya bersungguh-sungguh nak mewakili Malaysia tapi keadaan beliau mengharungi jadual padat pertandingan, ini menyebabkan beliau terpaksa mengambil keputusan berat ini.

“Sedangkan pada beliau ini adalah peluangnya untuk beraksi di Sukan Komanwel dan peluang untuknya membawa pulang pingat emas, jadi beliau sebenarnya rasa begitu kesal tak dapat mewakili Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada perasmian Temasya Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekolah Raja Perempuan (RPS) di sini hari ini.

NG Tze Yong galas tanggungjawab besar mengekalkan pingat emas Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia pada 2018 yang dimenangi Datuk Lee Chong Wei.

Berikutan ketiadaan Zi Jia, Ahmad Faizal percaya pemain perseorangan ketiga negara, Ng Tze Yong mampu menggalas harapan pingat dalam acara badminton buat negara di Birmingham nanti.

“Saya meletakkan keyakinan yang tinggi kepada perseorangan ketiga kita yang masih mampu memberi saingan yang hebat.

“Ini juga peluang kepada beliau untuk keluar dari zon selesa dan Sukan Komanwel ini akan menyerlahkan bakat yang ada padanya,” katanya.

Sebelum ini, Zii Jia mengumumkan menarik diri beraksi pada Sukan Komanwel 2022 disebabkan jadual padat yang diharunginya sejak kebelakangan ini, di samping berhasrat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, dari 22 hingga 28 Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya