Boleh dipenjara tujuh tahun jika one night stand

Boleh dipenjara tujuh tahun jika one night stand di Qatar 2022

UNDANG-undang ketat Qatar mungkin akan ‘merimaskan’ penyokong luar, terutama dari negara barat sepanjang Piala Dunia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hukuman tujuh tahun penjara menanti sesiapa sahaja yang melakukan hubungan seks tanpa ikatan sah atau istilah lain one night stand ketika berada di Qatar sepanjang Piala Dunia 2022 berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember.

Penganjuran merebut trofi bola sepak paling berprestij itu diadakan buat kali pertama di negara Teluk dan kemungkinan beberapa budaya negara itu sukar diterima penyokong luar.

Akhbar Britain, Daily Star melaporkan, penguatkuasa undang-undang United Kingdom (UK) menyuarakan kebimbangan mengenai pengumuman itu yang bakal memberi risiko besar kepada peminat dari Britain berdepan hukuman berkenaan.

Jawatankuasa Tertinggi Qatar dalam satu kenyataan berkata, Qatar adalah sebuah negara konservatif dan perkara seperti itu tidak diterima oleh rakyatnya.

UNDANG-undang ketat Qatar mungkin akan ‘merimaskan’ penyokong luar, terutama dari negara barat sepanjang Piala Dunia 2022.

“Seks (bebas) kesalahan besar kecuali anda datang ke sini sebagai pasangan suami isteri.

“Pasti tidak akan ada one night stand pada kejohanan ini. Tidak akan ada parti sama sekali. Semua orang perlu tahu tentang ini kecuali mereka mahu masuk ke dalam penjara.

“Secara umumnya larangan seks (bebas) ini kali pertama berlaku di Piala Dunia dan semua peminat perlu bersedia dengan situasi tersebut,” kata sumber polis kepada Daily Star.

Dalam pada itu, bagi penonton lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak dibenarkan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) tetapi tetap mempunyai hak sama rata untuk hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia.

“Qatar adalah negara mesra dan bertolak ansur. Kami cuma minta peminat hormati (segala peraturan dibuat).

“Kami menghormati budaya berbeza dan kami juga harap budaya lain turut membuat perkara sama,” kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Piala Dunia 2022, Nasser Al-Khater. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.