Bayern mahu tukar Lewandowski dengan Ronaldo

Bayern mahu tukar Lewandowski dengan Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo (kiri) dan Robert Lewandowski berpotensi menjadi pertukaran terbesar di antara Manchester United dengan Bayern Munich.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Juara Bundesliga, Ba­yern Munich membuat tawaran terbesar kepada Manchester United bagi menukar pe­nyerangnya, Robert Lewandowski dengan Cristiano Ronaldo pada musim panas ini.

Kapten Portugal itu dilaporkan sedang mempertimbangkan masa depannya kerana kecewa dengan kehidupan di Old ­Trafford selepas kembali ke Liga Perdana Inggeris dari Juventus.

Dalam masa sama, Lewandowski yang bakal menginjak 34 tahun pada 21 Ogos ini secara terbuka menyatakan hasratnya mahu meninggalkan Allianz ­Arena sebelum permulaan musim 2022-2023.

Bayern mencari penyelesaian yang mungkin sesuai untuk semua pihak dengan menghantar Lewandowski ke Old Trafford ­sebagai pertukaran dengan bekas bintang Real Madrid itu.

Lewandowski telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona ​tetapi pihak atasan Bayern berusaha keras untuk menghalang hasrat bintang Poland itu kerana dia masih mempunyai baki kontrak setahun.

Juara Liga Jerman itu tidak sanggup membiarkan penyerang bintang mereka pergi tanpa mencari alternatif sesuai walaupun telah menandatangani ­Sadio Mane dari Liverpool.

BIARPUN baru menandatangani Sadio Mane, namun Bayern Munich tetap berusaha menambah kekuatan serangan.

Ronaldo, 37, dikatakan kecewa dengan kekurangan aktiviti United dalam pasaran perpindahan pemain selepas Manchester City mendapatkan Erling ­Haaland dan Liverpool pula bertindak ­balas dengan memecahkan rekod perpindahan kelab untuk membawa masuk Darwin Nunez.

Itu menyebabkan Ronaldo menjangkakan dia tidak berpe­luang menambah gelaran bersama Red Devils musim depan, sesuatu yang hampir boleh pasti boleh dijamin oleh Bayern di Bundesliga.

Lewandowski dilaporkan ­menerima gaji 9 juta euro (RM41.7 juta) setahun di Bayern, dan Ronaldo mungkin gembira untuk meraih sesuatu di Jerman kerana kelab itu memiliki peluang lebih besar memenangi lebih ba­nyak trofi.

Bintang penyerang Portugal itu mempunyai baki setahun kontrak di Old Trafford, dan United mungkin bersedia menerima bayaran sekarang daripada kehilangannya secara percuma tahun depan kerana Erik Ten Hag sedang mencari dana bagi membina semula kelab tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN