fbpx

29 Jun 2022, 8:08 am

  TERKINI

Azeem pilih berlatih, belajar di Malaysia atau Amerika Syarikat ?

Muhammad Azeem Mohd. Fahmi belum membuat keputusan sama ada mahu menyambung pelajaran dan latihan di Malaysia atau Amerika Syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Biarpun belum membuat keputusan mengenai masa depannya, namun hati jaguh pecut remaja negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi lebih cenderung untuk melanjutkan pelajaran serta meneruskan latihan di Amerika Syarikat (AS).

Bapa Azeem, Mohd. Fahmi Tajuid berkata, atlet remaja berusia 18 tahun itu masih menimbangkan sama ada menyertai universiti tempatan atau luar negara.

Azeem yang mendapat julukan ‘Usain Bolt’ Malaysia kerana kepantasannya dalam acara pecut 100 meter (m) menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.

Dalam masa sama, dia juga sedang berbincang dengan jurulatih dari Winona State University di AS.

MUHAMMAD Azeem Mohd. Fahmi menunjukkan keputusan peperiksaan SPM di SMK Gunung Rapat, Ipoh, minggu lalu. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

“Memang UPSI ada membuat tawaran kursus Sains Sukan pe­ringkat Diploma beserta biasiswa kepada Azeem.

“Saya sudah panjangkan tawaran itu, malah beberapa tawaran baru juga diterima. Sekarang terpulanglah kepadanya membuat keputusan.

“Cuma apa yang saya tahu dia sangat berminat untuk ke AS demi kerjanya,” kata Fahmi ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Fahmi yang juga seorang pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Teluk Intan berkata, mereka sekeluarga akan meneliti dan mengkaji setiap aspek dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan.

Selain hebat di trek, Azeem yang merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Perak Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh turut cemerlang dalam pelajaran apabila mencatat 6A 2B pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Azeem memperbaiki cacatan masa peribadi terbaiknya ­dengan kepantasan 10.28 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Perak minggu lalu.

Kejayaan itu membuktikan, Azeem sudah melupakan detik hitam di mana dia tidak dibenarkan melakukan larian pada separuh akhir Sukan SEA di ­Vietnam, Mei lalu gara-gara false start atau permulaan yang salah.

POPULAR

KOSMO! TERKINI