Anis mahu jadi Captain Marvel

Anis mahu jadi Captain Marvel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
PELUMBA berbasikal trek negara, Anis Amira Rosidi mempunyai misi besar pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan bermula pada hujung bulan depan.
Bergelar pelumba wanita paling senior dalam skuad kebangsaan selepas Fatehah Mustapa mengumumkan persaraan pada Januari 2020, pastinya Anis Amir mahu membuktikan sesuatu.
Bagaimanapun, dia mengakui aksi sulungnya di pentas Komanwel adalah medan pendedahan kerana bakal bersaing dengan pelumba handalan dunia yang lain.
Anis Amira yang berasal dari Perlis kemungkinan besar akan menggalas cabaran dalam acara keirin selain 500 meter (m) ujian masa, 200m dan pecut berpasukan.
Minggu depan, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Pengurusan Sukan itu akan akan beraksi dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di India bermula 18 hingga 22 Jun ini.
Bersama HAKIMI ISMAIL, ruangan Tanya Je…minggu ini mengupas sisi peribadi gadis berumur 24 tahun yang tidak pernah diketahui peminat sukan tanah air.

1. Idola dalam sukan basikal?
Diri sendiri…ANIS AMIRA ROSIDI.

2. Lokasi percutian paling diimpikan?
Switzerland.

3. Sukan apa yang akan disertai jika anda bukan atlet basikal trek?
Olahraga.

4. Hadiah apa yang belum anda dapat semasa hari lahir?
Vaccum Dysonn.

5. Pengalaman paling manis?
Masa bersama keluarga.

6. Perkara yang boleh menyejukkan hati ketika marah?
Menjadi positif dan makan.

7. Perkara baik tentang anda?
Bangun awal pagi.

8. Watak idaman jika anda seorang pelakon?
Captain Marvel.

9. Jika diberi pilihan, anda mahu berhibur atau masa berehat?
Semestinya dalam keadaan bersukan saya mahukan rehat dan pergi ke pulau untuk berehat.

10. Masakan Melayu paling disukai?
Masak lemak cili padi masakan mak dan gulai ikan.

11. Artis yang paling diminati?
Dua Lipa.

12. Rumah idaman?
Lake house (rumah tepi tasik).

13. Apa yang akan dilakukan selepas bersara?
Habiskan belajar dan kekal aktif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×