Wusyu sambar dua emas di Hanoi

Wusyu sambar dua emas di Hanoi

AKSI Tan Zi Yan ketika memenangi emas acara taijiquan lelaki di Hanoi hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Clement Ting yang tidak diletakkan harapan tinggi dan Tan Zi Yan memastikan kontinjen Malaysia terus cemerlang di Hanoi apabila menyambar dua pingat emas acara wusyu di Gimnasium Cau Giay, hari ini.

Zhi Yan mengumpul 9.71 mata untuk memenangia acara taijiquan lelaki, mengetepikan pencabar terdekat dari Filipina, Jones Llabres (9.70). Gangsa milik atlet Singapura, Chan Jun Kai dengan 9.57 mata.

CLEMENT Ting menghadiahkan emas pertama wusyu di Hanoi.  – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Terdahulu, Malaysia memenangi emas pertamanya dalam sukan wusyu menerusi Clement dalam acara changquan lelaki.

Meskipun wusyu tidak meletakkan sebarang sasaran pingat emas pada temasya dwitahunan tersebut, namun Clement dan Zhi Yan membuktikan sukan itu mampu meneruskan tradisi sebagai penyumbang emas buat  negara.

Atlet kelahiran Sarawak tersebut berjaya mengutip 9.70 mata untuk menewaskan Jowen Lim dari Singapura dan gangsa dimenangi Seraf Naro dari Indonesia. Seorang lagi atlet negara, Yeap Wai Kin menerusi 9.68 mata di tempat keemapt.

Melengkapkan kecemerlangan Malaysia, Calvin Lee memenangi perak dalam acara nandao lelaki. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.