Turunkan barisan terkuat kamu Liverpool – Vinicius

Turunkan barisan terkuat kamu Liverpool – Vinicius

PEMAIN Real Madrid menjalani latihan di Ciudad Real Madrid di Madrid semalam dalam persiapan untuk menghadapi Liverpool. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Penyerang Real ­Mad­rid, Vinicius Junior mahu Liverpool menurunkan pasukan terbaik apabila kedua-dua pa­sukan berentap dalam final Liga Juara-Juara, pagi Ahad ini.

Liverpool berlepas ke Paris dengan dibayangi kecederaan perancang utama, Thiago Alcantara yang dikeluarkan dalam aksi terakhir Liga Perdana Ing­geris, Ahad lalu.

Kecergasan Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Fabinho juga masih meresahkan biarpun ketiga-tiga pemain sudah memulakan latihan semalam.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara adalah pada 2018 apabila Real menjulang kejuaraan Eropah ke-13 menerusi kemenangan 3-1.

MOHAMED Salah sudah kembali menyertai latihan Liverpool semalam.

Begitupun, perlawanan itu mencetus kontroversi apabila Ser­gio Ramos mencederakan Sa­lah dan menyebabkan penye­rang Mesir itu dikeluarkan pada awal babak pertama.

Aksi ulangan hujung minggu ini mahu digunakan Salah untuk ‘membalas dendam’.

“Semoga mereka dapat me­nurunkan semua pemain terbaik.

“Kami mahukan perlawanan yang menakjubkan antara dua pasukan terbaik. Kami memberi tumpuan 100 peratus dan paling penting turun dengan matlamat muncul juara,” kata Vinicius.

VINICIUS Junior (kiri) bakal membentuk gandingan mantap bersama Karim Benzema di jentera serangan.

Mengakui banyak menonton perlawanan Liverpool musim ini, Vinicius percaya, Real mampu menandingi Reds untuk merekodkan kejuaraan ke-14.

“Ya, kami menonton banyak perlawanan Liverpool. Mereka pasukan hebat dengan banyak kekuatan dan intensiti tinggi.

“Jika kami dapat menyaingi permainan Liverpool, kami pasti akan menang,” kata bintang Brazil itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN