PETALING JAYA: Terjun meneruskan penguasaan di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi apabila menambah dua lagi pingat emas hari ini.
Wendy Ng menghadiahkan emas kelima dalam 3 meter (m) papan anjal wanita, manakala Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya meraih emas keenam acara 10m platform seirama lelaki.

Lebih manis lagi, gandingan Wendy ketika meraih emas seirama kelmarin, Ong Ker Ying menghadiahkan perak, mengetepikan penerjun Singapura, Fong Kay Yian untuk gangsa.
Kejayaan ini amat bermakna buat Wendy yang sudah menuai tujuh pingat emas sepanjang penampilannya di Sukan SEA.-UTUSAN ONLINE