PETALING JAYA: Skuad terjun membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menepati sasaran yang ditetapkan dengan menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingan dalam acara berkenaan di Pusat Akuatik My Dinh.
Emas kelapan skuad terjun hadir menerusi gandingan Datuk Pandelela Rinong bersama Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita selepas berjaya menewaskan penerjun Singapura untuk perak dan penerjun Vietnam untuk gangsa.
Pingat emas itu juga merupakan emas kesembilan Malaysia di temasya Sukan SEA Hanoi, terdahulu Muhammad Syafiq Puteh menghadiahkan emas kelapan buat Malaysia menerusi acara 3 meter papan anjal lelaki.
Selain itu, skuad terjun turut menghadiahkan pingat perak kepada kontinjen Malaysia hari ini menerusi Gabriel Gilbert Daim dalam acara 3 meter papan anjal lelaki apabila penerjun negara itu akur dengan kehebatan Muhammad Syafiq.-UTUSAN ONLINE