Syasya kalahkan penembak Olimpik Thailand, raih emas ke-35 Malaysia

Syasya kalahkan penembak Olimpik Thailand, raih emas ke-35 Malaysia

NURUL Syasya Nadiah Mohd. Arifin meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara menembak 10 meter air pistol wanita pada Sukan SEA 2021 di Hanoi hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Malaysia hanya memerlukan satu lagi emas untuk melengkapkan sasaran 36 pingat emas selepas penembak negara, Nurul Syasya Nadiah Mohd. Arifin  melakar kejutan membutirkan emas ke-35 dalam acara 10 meter (m) air pistol wanita sebentar tadi.

Penembak berusia 22 tahun itu mempamerkan persembahan konsisten dengan membidik 239.3 mata di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi.

Lebih manis, Syasya berjaya menumpaskan penembak Olimpik Thailand, Tanyaporn Prucksakorn yang berpuas hati meriah perak selepas hanya melakukan 238.7 mata.

Tempat ketiga menjadi milik penembak Vietnam, Trinh Thu Vinh yang meraih gangsa dengan 214.1 mata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN