Speedy Tigers bangkit ikat Korea Selatan 2-2

Speedy Tigers bangkit ikat Korea Selatan 2-2

Kapten Malaysia, Muhammad Marhan Mohd Jalil cuba menghalang pergerakan pemain Korea Selatan dalam aksi pertama Super 4 Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia- Gambar FB MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Skuad Speedy Tigers bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Korea Selatan 2-2 dalam perlawanan pertama Super 4 Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia sebentar tadi.

Dalam aksi sengit di Gelora Bung Karno (GBK) itu, anak-anak buah Arul Selvaraj berada di hadapan seawal minit ke-4 selepas Muhammad Razie Abd Rahim menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun, Korea Selatan yang tampil berbeza dalam perlawanan hari ini berbanding peringkat kumpulan sebelum ini berjaya menyamakan kedudukan menerusi Lee Namyong pada minit ke-12 juga menerusi pukulan sudut penalti.

Pemain negara mengawal ketat pemain Korea Selatan.

 

 

Keputusan 1-1 itu kekal sehingga suku pertama permainan berakhir walaupun kedua-dua pasukan saling mengasak pintu gol lawan untuk mencari gol pendahuluan.

Bersambung suku kedua, skrip sama berulang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan Malaysia mempunyai beberapa peluang menarik namun, gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Korea Selatan yang dibimbing, Shib Seok Kyo bijak untuk mengambil kesempatan apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-21 menerusi jaringan padang Jeong Junwoo untuk mendahului Malaysia 2-1 pada separuh masa pertama.

Bersambung suku ketiga, gol yang dicari-cari oleh skuad Speedy Tigers akhirnya menjelma menerusi jaringan padang Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-40 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Keputusan 2-2 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk kedua-dua pasukan pasukan berpuas hati dengan berkongsi mata, sebelum ini dalam saingan peringkat Kumpulan B Piala Asia 2022, Malaysia berjaya menewaskan Korea Selatan 5-4.

Pemain negar diberikan kata-kata semangat semas di bilik persalinan.

Dalam perlawanan kedua esok, skuad Speedy Tigers akan menentang India dan untuk rekod keempat-empat pasukan yang bersaing dalam Super 4 iaitu Malaysia, Korea Selatan, India dan Jepun sudah layak ke Piala Dunia 2023

“Saya sangat berpuas hati dengan tenaga dan semangat yang dipamerkan pemain tapi tidak dari segi keputusan kerana kita berhak untuk mencatatkan keputusan lebih baik.

“Saya gembira dengan cara pemain keluar terutama untuk posisi di atas padang dan kawalan bola,” kata Arul selepas perlawanan berkenaan.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya