Skuad B-23 hanya cuti sehari sebelum kembali jalani latihan

Skuad B-23 hanya cuti sehari sebelum kembali jalani latihan

Skuad B-23 negara selamat tiba di KLIA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Skuad bawah 23 negara (B-23) hanya diberikan cuti sehari sebelum kembali menjalani kem latihan pusat sebagai persiapan ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan, Jun nanti.

Ketua jurulatih B-23 Brad Maloney berkata, pemain akan hadir menjalani latihan esok.

“Pemain telah memberikan seratus peratus sepanjang berada Hanoi, tumpuan kini akan diberikan pada kejohanan lebih penting di Uzbekistan nanti.

“Barisan pemain telah melakukan yang terbaik tetapi tuah tidak memihak kita apabila gagal menyumbangkan sebarang pingat.

“Kini, saya memberikan pemain cuti rehat sehari (Selasa) sebelum kembali menjalani latihan pada Rabu ini kerana kita dijadualkan berlepas ke Uzbekistan pada Jumaat nanti,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Untuk rekod, skuad B-23 gagal menyumbangkan sebarang pingat buat kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam selepas tewas pada penentuan pingat gangsa kepada Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua -dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam tempoh 90 minit masa perlawanan.

Pada kempem Piala AFC B-23 nanti, skuad negara akan menentang juara bertahan, Korea Selatan selain dua seteru Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Thailand selepas diundi dalam Kumpulan C.

Saingan peringkat kumpulan Piala Asia B-23 akan bermula pada 2 hingga 8 Jun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya