Salah kekal di Liverpool musim depan

Salah kekal di Liverpool musim depan

Liverpool
MOHAMED Salah (kanan) dan Sadio Mane,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Mohamed Salah mengesahkan dia akan kekal bersama Liverpool musim depan, namun Sadio Mane hanya akan memutuskan kedudukannya selepas tamat perlawanan akhir Liga Juara-Juara, hujung minggu ini.

Kedua-dua pemain yang akan memasuki tahun terakhir kontrak mereka dikaitkan dengan perpindahan dari Anfield, namun Salah, yang memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim ini berulang kali menegaskan, dia mahu kekal.

Bercakap dalam sidang akhbar menjelang final Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid di Paris, awal pagi Ahad ini, bintang Mesir itu berkata, sekarang bukan masa sesuai untuk berunding mengenai kontrak.

“Dalam fikiran saya, saya tidak fokus kepada kontrak dan tidak mahu mementingkan diri.

“Seperti yang pernah saya katakan dua bulan lalu, ia adalah tentang pasukan. Ini minggu penting buat kami dan saya mahu menang Liga Juara-Juara Eropah sekali lagi.

“Sudah tentu, saya akan kekal pada musim depan. Saya mahu melihat Hendo (Jordan Henderson) menjulang trofi lagi dan berharap dia menyerahkannya kepada saya,” kata Salah.

Mane yang akan tamat kontrak pada hujung musim depan memberitahu Sky Sports, dia akan bercakap mengenai masa depannya selepas tamat perlawanan akhir.

“Saya akan jawab soalan ini selepas final Liga Juara-Juara Eropah, sama ada akan kekal atau sebaliknya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN