Plot bapa, anak ancam Liverpool

Plot bapa, anak ancam Liverpool

KOMBINASI taktikal Carlo Ancelotti (kiri) bersama anaknya, Davide mampu memberi ancaman kepada Liverpool.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Carlo Ancelotti bukan sahaja memiliki ramai pemain berkualiti, malah barisan kejurulatihan yang mampu membawa Real Madrid menjulang kejuaraan Eropah ke-14 apabila menentang Liverpool di Paris esok.

Pengendali kelahiran Itali itu membentuk kombinasi mantap bersama anaknya, Davide yang disifatkan sebagai ‘pengurus harapan masa depan’ pada usia baru mencecah 32 tahun.

Penjaga gol England dan Everton, Jordan Pickford yang pernah beraksi di bawah Ancelotti ketika di Goodison Park musim lalu menegaskan, biarpun dibimbing pengurus anak-beranak, namun isu nepotism tidak pernah dibangkitkan.

JORDAN Pickford (kiri) ketika dibimbing oleh Carlo Ancelotti di Everton tahun lalu. – AFP

“Carlo ibarat musang tua yang licik. Dia tidak akan ‘mencampak’ anaknya kepada pemain melainkan dia benar-benar tahu kemampuannya.

“Kini Real Madrid mendapat faedah. Mereka baru sahaja memenangi La Liga dan kemenangan ke atas Liverpool hujung minggu ini akan menjadikan Ancelotti sebagai pengurus pertama pernah memenangi empat Piala Eropah,” kata Pickford.

Statistik membuktikan Davide membantu bapanya yang berusia 60 tahun kekal relevan dan berjaya dalam bola sepak moden apabila memperkenalkan elemen sains sukan serta analisis data yang diperlukan di peringkat elit.

Suatu hari nanti, Davide pasti akan bergelar pengurus berjaya tetapi buat masa ini, bekerja bersama ‘Don Carlo’ adalah satu kelebihan besar dalam resumenya.

“Saya mahu menjadi pengurus suatu hari nanti dan dia (Carlo) adalah contoh terbaik yang boleh saya miliki.

“Saya benar-benar bertuah menjadi anaknya, ia perkara terbaik di dunia jika anda mahu menjadi pengurus,” kata Davide.

Davide telah merasai pengalaman membimbing pasukan ketika bapanya dijangkiti Covid-19 apabila diberi ‘kuasa penuh’ membimbing Real dalam perlawanan La Liga menentang Celta Vigo pada 3 April lalu, di mana mereka menang 2-1 hasil dua gol Karim Benzema. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.