Mungkin bola gagal sebab tak bawa pulang pingat

Mungkin bola gagal sebab tak bawa pulang pingat

MALAYSIA gagal membawa pulang pingat gangsa dalam acara bola sepak lelaki pada Sukan SEA di Hanoi minggu lalu selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Indonesia. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berpendapat, tindakan Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan bola sepak dalam kategori gagal dalam Sukan SEA 2021 di Vietnam disebabkan mereka pula tanpa sebarang pingat.

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar bagaimanapun percaya, prestasi keseluruhan skuad bawah 23 negara pada temasya dwi tahunan itu tidaklah terlalu buruk, sebaliknya faktor nasib memisahkan mereka dengan pingat.

SAIFUDDIN ABU BAKAR

“Saya rasa MSN kata gagal sebab kita tidak dapat pingat, kalau kita dapat pingat gangsa mungkin dia kata tidak gagal.

“Pemain sudah tunjukkan prestasi yang baik dan saya sendiri lihat cuma mungkin daripada segi nasib kita tidak ada dan aspek penyudah perlu dipertajamkan lagi.

“Bagi kami di FAM, ini adalah pendedahan yang baik untuk pemain sebagai persiapan ke Piala Asia B-23. (Pendirian FAM) tidak boleh kata gagal, kalau daripada segi prestasi memang bagus tetapi dalam bola sepak ini yang mustahak adakah kita mampu jaringkan gol atau tidak.

“(Sama ada adil atau tidak rumusan sebagai gagal) memang saya tidak boleh komen kerana sudah pasti MSN ada KPI (petunjuk prestasi utama) dia sendiri. Saya kena tanya MSN berkaitan hal ini kerana tentu mereka ada KPI,” katanya.

KAD laporan prestasi sukan Malaysia dalam Sukan SEA 2021 yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara.

Skuad bawah 23 tahun negara (B-23) gagal membawa pulang pingat selepas tewas pada perebutan tempat ketiga di tangan Indonesia dengan penentuan menerusi sepakan penalti yang memihak Indonesia, 4-3.

Bagaimanapun jika dilihat pencapaian skuad bimbingan Brad Maloney kali ini tidaklah mengecewakan memandangkan Malaysia muncul pasukan tunggal tidak menggunakan pemain lebih umur berbanding negara lain.

Lebih membanggakan pasukan berjaya memberikan saingan kepada pencabar lain yang memiliki tonggak senior malah turut mencemaskan juara bertahan yang juga tuan rumah, Vietnam sebelum kalah 1-0 di separuh akhir.

Jika pencapaian raih pingat diambil kira, ia mungkin bersesuaian namun secara realistik, kehadiran skuad B-23 ke Hanoi kali ini hanya sebagai medan pemanas badan dan mencari keserasian sebelum menghadapi tugasan lebih getir di Piala Asia B-23 di Uzbekistan, bulan depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.