Manchester United kecewakan Ronaldo – Ferdinand

Manchester United kecewakan Ronaldo – Ferdinand

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda Manchester United, Rio Ferdinand percaya, kelab itu gagal memberikan Cristiano Ronaldo ‘platform kejayaan’ sejak dia kembali ke Old Trafford.

Ronaldo, 37, kembali ke Uni­ted dari Juventus pada musim panas lalu, 12 tahun selepas menyertai Real Madrid.

Walaupun Ronaldo disertai oleh Jadon Sancho dan Raphael Varane sebagai pendatang baharu di United, namun Red Devils mengharungi kempen Liga Perdana Inggeris terburuk mereka.

United berada di tempat keenam dengan mengumpul 58 mata, 35 mata di belakang ­Manchester City yang menjuarai liga.

Ferdinand percaya, bekas pasukannya tidak akan menangguhkan keputusan untuk mengekalkan Ronaldo di Old Trafford.

“Ronaldo melakukan apa yang sepatutnya. Dia menjaringkan gol, memenangi perlawanan dan tanpa Ronaldo, United tidak akan mampu beraksi di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

“Dia menjaringkan gol kemenangan berkali-kali dan dia telah membuktikan kepada kami apa yang mampu ditawarkan.

“Saya fikir, kelab jelas tidak memainkan peranan mereka daripada segi memberinya platform untuk berjaya,” kata Ferdinand.

Menurut bekas bek te­ngah England itu, Ro­naldo antara bukti pemain terhebat dunia, namun dia tidak boleh melakukannya bersendirian dan memerlukan rakan sepasukan bagi membantu memburu kejayaan.

Ketika ditanya apakah bintang Portugal yang juga pemilik lima gelaran Ballon d’Or itu mampu cemerlang di bawah pengurus baharu United, Erik Ten Hag, Ferdinand berkata, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara tersebut.

“Kita perlu tunggu dan lihat. Ia adalah sesuatu yang perlu kita tunggu dan beri masa,” ­katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya