Maloney kekalkan 100 peratus skuad Sukan SEA

Maloney kekalkan 100 peratus skuad Sukan SEA

PEMAIN Malaysia B-23 menjalani latihan di Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil sebelum berlepas ke Uzbekistan untuk saingan Piala Asia B-23 yang bermula minggu depan. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Brad Maloney memberi kepercayaan kepada skuad yang beraksi dalam Sukan SEA 2021 di Vietnam apabila mengekalkan semua pemain untuk menghadapi Piala Asia Bawah 23 (B-23) di Tashkent, Uzbekistan bulan depan.

Pengendali dari Australia itu hanya membawa masuk tambahan tiga pemain iaitu Rahadiazli Rahalim, Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Shafi Azswad Sapari yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia ke Sukan SEA bagi melengkapkan senarai akhir 23 pemain ke Tashkent.

Malaysia berdepan misi sukar dalam kempen Piala Asia B-23 diundi dalam Kumpulan C bersama juara bertahan, Korea Selatan, selain dua gergasi Asia Tenggara, Vietnam dan Thailand.

Skuad Harimau Muda akan bertemu Korea Selatan dalam aksi pembukaan, Khamis ini, diikuti Thailand, Ahad depan dan Vietnam pada 8 Jun.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir pada 11 dan 12 Jun , manakala separuh akhir berlangsung pada 15 Jun dan final 19 Jun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya