Maloney bawa tonggak Sukan SEA ke kempen Piala Asia di Uzbekistan

Maloney bawa tonggak Sukan SEA ke kempen Piala Asia di Uzbekistan

piala asia
MALAYSIA akan membawa sebahagian besar pemain yang beraksi di Sukan SEA ke Piala Asia B-23 bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebahagian besar skuad bawah 23 (B-23) negara yang baru pulang dari Sukan SEA Vietnam akan dikekalkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 di Uzbekistan bulan depan.

Ketua Jurulatih Malaysia B-23, Brad Maloney berkata, tiada rombakan besar-besaran akan dibuat barisan kejurulatihan dalam pemilihan pemain, Jumaat ini.

“Berdasarkan apa yang saya lihat, mungkin pemain yang beraksi di Sukan SEA akan dibawa ke Uzbekistan kerana kami tidak mempunyai pilihan pemain lagi dengan pasukan sedia ada sudah menunjukkan keserasian yang baik,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Skuad muda negara tewas pada penentuan pingat gangsa dengan kekalahan penalti 3-4 kepada Indonesia, Ahad lalu.

Dia percaya pasukannya telah membuat persiapan terbaik sebelum ke Uzbekistan dengan mengharungi enam perlawanan kompetitif di temasya sukan berprestij Asia Tenggara itu.

“Meskipun kami tidak dapat meraih sebarang pingat, apa yang dilalui pasukan di Vietnam sangat positif dengan kita dapat bersaing dalam enam perlawanan antarabangsa sepanjang 14 hari.

“Fokus utama ketika ini adalah untuk mengharungi Piala AFC B-23 dan harap pasukan mampu merekodkan keputusan positif di sana nanti,” katanya.

Pada kempen Piala AFC B-23, Malaysia akan menentang juara bertahan, Korea Selatan serta Vietnam dan juga Thailand selepas diundi dalam Kumpulan C dengan saingan bermula 2 Jun nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya